Tuesday, April 10, 2012

Tutorial : Resolution minimum utk printing banner

Perkongsian kali ini adalah lanjutan daripada perkongsian semalam ( klik sini ).
Lihat keratan gambar dibawah ( keratan dari posting semalam ). Resolution yang saya pilih : 75 pixel/inch.

75 pixel/inch adalah nilai resolution paling minimum utk printing banner. Kerana mesin pencetak banner dah di setting sebegitu oleh pengeluar untuk memberikan cetakan banner yang sharp dan warna yang cantik. Sama ada cetakan atas tarpaulin / kanvas, stiker atau material yang sesuai bergantung kepada mesin printing.

Dibawah adalah contoh gambar cetakan yang sharp ( minimum resolution 75 pixel/inch ).

Jika anda gunakan nilai lebih rendah :
printing banner anda akan jadi blur/ tak sharp. Dari jauh mungkin ianya akan kelihatan ok laaa... tapi dari dekat, tak sharp... Tak sesuai untuk buat bunting perkahwinan, backdrop program atau wallpaper. Lihat contoh dibawah
gambar kelihatan blur / tak sharp dari dekat ( actual size )


Jika anda gunakan nilai yang lebih tinggi atau sangat tinggi :
ianya hanya akan membazirkan masa anda untuk buat design. Pasal, jika resolution sangat tinggi, ia akan memakan masa renderring, moving layer, save file, open file, potong gambar, tukar font dan macam-macam lagi. Ia juga akan melambatkan proses cetakan ( load besar kepada mesin printing ). Setting resolution yang tinggi tidak akan menambahkan sharp / cantik cetakan kita.

Resolution yang besar juga akan menyebabkan fail kerja anda menjadi besar / berat. So, menyukarkan anda utk menghantar fail kerja kepada customer atau kedai printing.


Manfaat hari nie :
- dengan mengetahui nilai minimum resolution untuk printing banner, anda akan dapat menjimatkan masa utk buat design, tidak memerlukan spesifikasi komputer yang power ( netbook dah boleh buat design ) , dapat hantar email dengan cepat kepada customer / kedai printing dan cetakan di kedai printing jadi mudah & cepat siap. Paling penting.... setiap order dapat disiapkan dengan cepat dan hasil cetakan yang cantik / sharp.

Ingat..... ORDER BANYAK, SIAP CEPAT, CUSTOMER SUKA, PASTI MASYUKKK.....

Tq..




4 comments:

  1. apa beza guna resolution 75 pixel dgn 300 pixel?

    ReplyDelete
  2. Kualiti print @ hasil print menggunakan resolution 75 pixel dengan 300 pixel adalah SAMA.. dari segi sharpness dan warna printing. So, anda hanya akan membazirkan masa anda utk save file, renderring dll.
    Tetapi jangan salah faham perbezaan diantara resolution file artwork dan resolution kualiti printing pada mesin printing. Perbezaan ini akan saya terangkan pada tutorial akan datang. tq

    ReplyDelete
  3. Berikut adalah tutorial berkenaan dengan perbezaan diantara resolution file artwork dan resolution kualiti printing : http://advertisingclassroom.blogspot.com/2012/04/tutorial-perbezaan-resolution-file.html

    Tq.

    ReplyDelete
  4. Advertising is a must in business. A business cannot stand and progress without solid advertisement or promotion. bandit signs

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...